Masalah Gummy Smile

Senyuman merupakan ungkapan kasih sayang dan kegembiraan yang indah. Namun, bagi sesetengah orang, senyuman mereka mungkin membawa kerisauan, terutama buat mereka mengalami ‘gummy smile’ atau senyuman yang nampak gusi.

Apa Itu Gummy Smile?

Gummy smile terjadi apabila sebahagian besar gusi seseorang terdedah ketika senyum. Ini mungkin membuat seseorang merasa kurang selesa atau insecure dengan senyuman mereka sendiri.

Apakah Punca Gummy Smile?

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gummy smile seperti pertumbuhan tulang rahang yang lebih daripada biasa, jumlah gusi yang lebih banyak menutupi gigi, atau gerakan bibir yang terlalu aktif semasa tersenyum.

Pastilah ada, setiap masalah kan pasti ada penyelesaiannya. Cuma nak atau tidak sahaja. Mari doktor share beberapa rawatan untuk menangani masalah ini.

Pilihan Rawatan untuk Gummy Smile

Untungnya, terdapat pelbagai pilihan rawatan yang boleh membantu atasi masalah gummy smile, antaranya:

Rawatan Ortodontik

Doktor gigi atau pakar ortodontik boleh mencadangkan rawatan seperti braces untuk mengubah posisi gigi dan garis gusi. Ia bergantung juga kepada kondisi gigi anda, ada yang sesuai untuk memakai braces dan ada juga yang tidak sesuai.

Rawatan Gingivektomi atau Pembedahan Gusi

Rawatan pembedahan gusi boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah gusi yang terdedah. Secara umum, gummy smile ini berlaku pada gigi depan atas sehingga mempengaruhi penampilan seseorang. Apabila adanya rawatan ini, ia dapat memperbaiki bentuk gusi untuk meningkatkan penampilan gigi yang lebih cantik ketika senyum.

Jika gummy smile menjadi punca anda hilang keyakinan diri atau mengganggu rutin harian anda, inilah masa yang sesuai untuk berjumpa doktor gigi. Mereka pasti akan membantu anda menangani masalah gummy smile ini dengan menilai keadaan gusi dan gigi anda dengan lebih terperinci dan menawarkan penyelesaian terbaik mengikut keperluan anda.

Senyuman adalah satu keperluan, bila anda tidak yakin untuk senyum, nanti orang ingat sombong pula kan.. Dengan rawatan yang betul, kita boleh mendapatkan senyuman yang mempesona dan menawan.

Jadi, jangan ragu lagi untuk dapatkan bantuan daripada doktor gigi yang tepat. Yang penting, anda semua perlu yakin dengan senyuman anda sendiri kerana senyuman itu amat bernilai!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us