Fake Braces, nampak cantik tetapi berisiko?

Korang mesti pernah dengar tentang fake braces, kan? Fake braces merupakan braces palsu yang digunakan pada gigi yang menyerupai braces sebenar. Pemakaian fake braces ini telah menjadi satu trend yang merisaukan dalam beberapa tahun ini. Ramai yang pilih jalan mudah dan singkat untuk menggunakan fake braces sebagai alternatif kerana harganya lebih murah berbanding dengan braces sebenar. Zaman sekarang ni, orang mudah terpengaruh dan sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan senyuman yang \”trendy\” sama seperti orang lain, terutama sekali buat golongan remaja. Tidak mahu ketinggalan zaman lah katakan..  Namun, risiko dan akibat buruk dari penggunaan fake braces ini seringkali diabaikan.

“Tapi saya tengok orang lain pakai okay je..”

Memanglah dari segi luaran nampak okay sahaja buat masa sekarang, tetapi dalaman? Kesan sampingan akan datang? Kita belum tahu lagi kan?

Mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi, Anis nak share beberapa sebab kenapa anda semua harus menghindar daripada memakai fake braces ini.

1. Kesihatan Mulut Perlu Dijaga

Untuk pengetahuan semua, fake braces ini sebenarnya direka oleh pengamal yang tidak bertauliah. Jadi dengan itu, kita tidak dapat memastikan kandungan yang digunakan untuk fake braces ini selamat untuk digunakan atau tidak. Ada laporan mengatakan bahawa salah satu bahan yang digunakan di dalam fake braces ini adalah plumbum yang berbahaya untuk kesihatan.

Bukan itu sahaja, alat-alat yang digunakan untuk pemasangan fake braces ini tidak dibersihkan seperti yang lakukan di klinik-klinik pergigian lain. Kan bahaya tu, mulut kita ni kan nak pakai lama. Nak mengunyah, nak makan, nak senyum semua itu melibatkan mulut dan gigi.. Oleh kerana itu, kita haruslah menjaga kesihatan mulut kita sehabis baik dan menghindari daripada melakukan perkara yang boleh risikokan kesihatan mulut dan gigi.

Jangan sesekali ambil mudah ya, kajian mendapati terdapat dua kematian yang dipercayai berpunca daripada akibat tertelan fake braces di Thailand. Haa sebab itulah banyak saranan yang telah diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang melarang sekeras-kerasnya daripada memakai fake braces atas sebab keburukan dan kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan anda.

2. Risiko Jangkitan

Seperti yang Anis katakan tadi, bahan yang digunakan untuk melakukan fake braces ini tidak semestinya bersih. Bila alat dan bahan yang digunakan tidak bersih, risiko dan punca masalah lain pun tinggi lah.

Ia boleh menjadi punca gusi sakit, gusi bengkak dan bakteria masuk dalam darah. Haa seram kan? Bukan itu sahaja, pemakaian fake braces ini juga boleh menyebabkan penggerakan gigi secara tidak langsung disebabkan oleh tekanan yang terlalu tinggi dan menyebabkan gigi goyang dan mudah tercabut. Antara masalah lain yang akan muncul ialah ulser mulut dan gigi terhakis akibat kesan gam yang digunakan pada gigi.

3. Cara Pemasangan

Mana nak dapat fake braces ini? Fake braces boleh dibeli secara online di internet seperti platform Facebook dan Instagram. Ada juga pihak yang menjual secara haram di sesetengah saloon atau pusat perkhidmatan kosmetik lain. Harga untuk fake braces ini juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan rawatan ortodontik yang berdaftar.

Cara pemasangan fake braces ini dilakukan secara sendiri oleh pembelinya atau individu yang tidak bertauliah. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak tutorial yang menunjuk cara pemasangan fake braces ini telahpun berleluasa di laman media sosial. Jadi, buat mereka yang mudah terpengaruh akan berminat untuk memakainya tanpa melakukan sebarang pemeriksaan terlebih dahulu.

Kebiasaannya, fake braces ini akan dipasang dalam tempoh 3 ke 5 bulan sahaja. Hal ini kerana, gam yang melekat pada fake braces ini tidak dapat melekat dengan baik melebihi tempoh berkenaan. Apa-apa pun ianya bergantung kepada si pemakai juga, ada yang mahu memakianya dengan lebih lama ataupun sebaliknya.

Beza dengan rawatan braces sebenar, pakar ortodontik yang bertauliah dan berpengalaman akan memberi plan jangka masa pemakaian braces dan juga doktor akan menerangkan tentang penjagaan selepas memakai braces. Setiap bulan akan berjumpa dengan doktor, jadi kesihatan gigi anda sentiasa dipantau oleh doktor.

“Jadi apa yang saya perlu lakukan jika saya dah memakai fake braces ini?”

Buat anda yang dah terpakai fake braces tu, masih belum terlambat untuk dapatkan rawatan.. Segera dapatkan rawatan di klinik pergigian terdekat anda dan dapatkan pemeriksaan penuh untuk memastikan tiada sebarang kerosakan yang berlaku pada gigi anda. Jangan risau, rawatan yang sepatutnya akan diberikan oleh doktor jika terdapat sebarang kerosakan.

Kesimpulannya

Sebelum anda decide nak pakai fake braces, kan lebih elok jika anda dapatkan nasihat daripada doktor gigi yang berpengalaman terlebih dahulu. Doktor akan bagi pandangan yang lebih tepat untuk rawatan gigi yang selamat dan sesuai untuk anda.

Jangan mudah terpengaruh dengan trend yang sebenarnya akan merisikokan kesihatan mulut anda. Gigi dan mulut kita tu penting, so jangan sesekali mengambil mudah. Share info ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang mula plan untuk memakai fake braces tu. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us