Anda dah lama ada impian untuk memakai braces? Tapi masih belum tahu apa yang perlu dilakukan dan harus mula dari mana?
Jangan overthinking dulu. Sebelum memulakan rawatan braces, terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami dan dilakukan untuk mempersiapkan diri. Tapi jangan risau, tak banyak pun..
Bagi anda yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya fungsi braces ini, mari sini doktor terangkan secara ringkas tujuan dan fungsi memakai braces.
Rawatan ini bukan bertujuan untuk mengikut trend semasa sahaja tau. Ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah gigi seperti gigi jongang, susunan gigi yang tidak teratur atau masalah gigitan yang tidak normal. Braces lah rawatan yang terbaik untuk anda yang mengalami masalah seperti ini.
Doktor ingin kongsikan tiga aspek yang sangat penting sebelum anda memutuskan untuk memakai braces.
Ready? Lets go!
Aspek pertama ini memainkan peranan penting untuk anda. Buat apa kita keluarkan duit untuk sesuatu yang akan memudaratkan kesihatan kita dikemudian hari, kan?
Untuk memakai Braces, anda WAJIB mendapatkan doktor yang berdaftar untuk melakukannya. Nak ke gigi jadi macam gambar dibawah ini?
Consult dengan doktor gigi di klinik adalah langkah penting yang perlu anda ambil sebelum memulakan rawatan braces. Proses ini tidak dapat dilakukan di tempat lain seperti hotel atau spa yaa. Rawatan ini tidak dapat dilakukan sekiranya doktor tidak dapat melihat keadaan gigi anda secara fizikal. Haa dah kalau macam tu, nak taknak anda kena lah hadir ke klinik untuk melakukan pemeriksaan secara langsung bersama doktor. Selain itu, di klinik juga terdapat kelengkapan yang cukup seperti x-ray dan alat-alat lain untuk doktor melakukan pemeriksaan gigi dengan lebih detail dan teliti terhadap keadaan gigi anda. Barulah mudah untuk doktor menentukan jenis braces dan treatment plan yang sesuai dengan keadaan gigi anda.
Untuk pengetahuan anda, tak semua orang sesuai untuk pakai braces. Ada juga yang doktor terpaksa refer kepada pakar atas sebab kes yang kompleks. Sebab itulah pentingnya untuk anda melakukan consultation terlebih dahulu. Seperti contoh, Dr akan ambil Xray untuk lihat keadaan gigi dengan lebih jelas. Supaya tidak ada uncertainty/ketidakpastian di situ.
Ya, lokasi klinik gigi pun perlu dipertimbangkan ya. Memilih lokasi klinik gigi yang berdekatan dengan tempat kerja atau kediaman adalah penting kerana rawatan braces adalah rawatan yang memerlukan komitmen yang tinggi dari pemakai. Rawatan ini memerlukan anda ke klinik gigi dengan kerap kerana braces follow-up adalah WAJIB dilakukan setiap bulan. Kenapa doktor kata wajib? Kerana sekali anda skip braces follow-up, timeline pemakaian braces anda akan terjejas.
Jika lokasi klinik gigi anda terlalu jauh, ianya boleh mencetuskan masalah seperti kos tambahan perjalanan dan masa yang banyak terbuang. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, carilah klinik gigi yang dekat dengan rumah supaya mudah dan senang untuk melakukan rawatan segera jika ada perkara yang tidak diingini berlaku pada braces anda.
Maksud doktor masalah yang sering berlaku jika si pemakai tidak berjaga-jaga semasa makan lah.. Contohnya seperti bracket tercabut atau wayar terkeluar.
Haa, contoh macam kawan Anim, kediaman di Cheras tetapi anda melakukan braces di Ipoh. Kan jauh tu.. Anda kena ambil kira kos-kos lain juga. Bukan sekadar kos deposit dan bayaran bulanan sahaja tau. Kos minyak pergi balik, kos tempat tinggal, kos beli kopi taknak bagi mengantuk semasa drive lagi.. Takkan lah nak travel jauh semata nak betulkan bracket yang tercabut kan?
Banyak juga customer macam ini (buat braces di tempat lain) datang jumpa doktor nak sambung buat di klinik kami. Kesian, tapi itu lah doktor tak boleh terima macamtu je, sebab doktor tak tahu treatment plan dari klinik lama customer tu.
Ingat, rawatan braces memerlukan tempoh masa yang agak lama. Bukan sehari dua sahaja boleh siap ye. Anda perlu datang setiap bulan untuk follow-up braces dengan doktor gigi. Lagi kurang anda skip follow up braces, lagi cepat nampak result.
Selepas tempoh penggunaan braces, gigi akan lebih teratur dan cantik. Untuk maintain susunan gigi itu, anda perlu memakai retainer. Wajib pakai tau. Wajib pakai setiap masa kecuali ketika makan atau minum dan juga ketika berus gigi.
Retainer terbahagi kepada tiga jenis, Essix Retainer, Hawley Retainer dan Fix Retainer .
Ini merupakan perkara penting yang anda perlu tahu sebelum memulakan rawatan braces.
Ingat tu..
Jika anda tidak berdisiplin dalam memakai braces, jangan salahkan doktor lah kalau gigi anda slow-slow kembali seperti asal.. Haa nanti bila dah tak muat, kena datang berjumpa doktor dan lakukan retainer baru, taknak kan?
Jadi, sebelum memulakan rawatan pemakaian braces, pastikan untuk mencari doktor gigi yang berdaftar, memilih lokasi klinik gigi yang berhampiran dan juga memahami kepentingan penggunaan retainer selepas rawatan. Kesemua ini membantu untuk memastikan rawatan berjalan lancar dan memberi hasil seperti yang anda impikan. Jangan lupa untuk komited dengan journey rawatan yang memerlukan kesabaran dan konsistensi. Jika berminat, sila hubungi klinik kami untuk dapatkan info lebih lanjut.