Ngilu Semasa Scaling

Mengalami rasa ngilu semasa menjalani rawatan scaling & polishing merupakan satu perkara yang biasa. Tidak kira lah, anda masih muda ke ataupun dah lanjut usia ke, tetap akan mengalami masalah yang sama.

Jadi harini doktor nak share beberapa tips untuk mengurangkan rasa yang tidak selesa itu.

Perlu diingatkan juga bahawa ngilu semasa scaling & polishing ini berbeza mengikut individu. Ada yang mengalami rasa yang sangat ngilu dan ada juga yang sama sekali tidak rasa apa apa. Bukan itu sahaja, ada juga yang lebih extreme yang mana rasa ngilu itu menggangu mereka hingga mereka memilih untuk berhenti dan tidak melanjutkan rawatan tersebut.

Haa tak pernah dengar kan? Tapi ada orang yang mempunyai pengalaman seperti ini.

Bagi mereka yang berasa sangat sensitif semasa rawatan dijalankan, jangan risau dan takut untuk memberitahu doktor gigi anda. Doktor akan cuba sehabis baik untuk membantu anda mengurangkan rasa ngilu dengan memberikan bius terlebih dahulu.

Gel bius akan disapukan di gusi terlebih dahulu sebelum memberikan bius pada gigi yang sensitif. Dengan cara ini, rawatan scaling & polishing boleh dilakukan dengan lebih baik dan kurang rasa ngilu.

Tapi pasti ada something yang bermain di dalam fikiran anda kan? Haa macam mana pula dengan pengurangan rasa ngilu dalam jangka masa yang panjang?

Jangan risau, doktor akan share lagi beberapa tips yang boleh membantu anda.

Tips Pertama: Rutin Scaling & Polishing Setiap 6 Bulan

Menjalani rawatan scaling & polishing secara teratur setiap enam bulan sekali dapat membantu mengurangkan rasa ngilu semasa scaling. Tak percaya? Cuba dulu, nanti baru tahu. Rawatan ini juga dapat membantu anda mencegah masalah gusi seperti gusi bengkak dan berdarah.

Tips Kedua: Air Polishing

Cara ini lebih kurang sahaja kalau dibandingkan dengan tips pertama yang doktor share tadi. Yang membezakan adalah method ini merupakan teknik terkini dan ianya menggunakan percikan air yang halus untuk membersihkan kotoran yang melekat pada gigi dan celah-celah gigi. Tapi jangan risau, ianya tidak membahayakan mulut anda. Bagi pandangan doktor, cara ini lebih efektif daripada scaling & polishing biasa dan dapat memberikan kebersihan gigi yang lebih maksima terhadap mulut anda.

Jadi, dengan penjagaan gigi yang konsisten dan menggunakan teknik yang moden seperti air polishing, anda dapat memiliki kesihatan gigi yang baik dan yang paling penting, dapat mengurangkan rasa ngilu pada gigi dan juga semasa menjalankan rawatan scaling & polishing gigi. Jangan ragu-ragu untuk mengamalkan tips yang doktor share ini.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda dan jangan lupa untuk share kepada kenalan anda supaya tips ini dapat membantu mereka jika mereka mengalami masalah yang sama.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us