Sakit Gigi Tapi Tak Tahu Punca

Sabar.. sabar..Jika anda ada masalah macam Anim, meh datang dekat. Mari doktor bantu.

Percaya atau tidak, masalah yang anda sedang alami tu banyak je terjadi dekat orang lain. Gigi yang sakit secara tiba-tiba ni bukan lah berpunca dari gigi berlubang sahaja ya. Banyak punca lain yang doktor pernah tengok yang terjadi pada customer doktor.

Doktor sangat memahami kegelisahan anda, yalah rasa sakit di gigi geraham kan tak boleh bawa bincang. Ramai yang datang mengadu pada doktor bertapa sakitnya gigi mereka sehinggakan mengganggu rutin harian mereka. Sebagai contoh nak makan pun susah sebab gigi terasa sakit untuk mengunyah makanan dan macam macam lagi lah masalah yang doktor dengar.

Mari doktor jelaskan lebih detail tentang perkara ini:

Punca Pertama: Gusi Yang Semakin Nipis

Ketebalan tisu gusi yang semakin menipis boleh menjadi salah satu penyebab rasa sakit pada gigi. Semasa tisu gusi menipis, lapisan enamel gigi yang melindungi gigi juga boleh terhakis.

Tapi selalunya jika ia berpunca dari gusi yang nipis ini, sakitnya hanya akan rasa on off je melainkan anda tidak mengawal permakanan. Contohnya seperti pengambilan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas.

Punca Kedua: Pertumbuhan Gigi Bungsu Yang Tidak Normal

Apabila anda ada rasa sakit tetapi tak nampak dengan mata kasar dari mana datangnya sakit tu, maksudnya ada gigi bongsu yang tumbuh secara tidak normal. Ya, gigi bongsu yang tumbuh secara tidak normal akan menimbulkan rasa sakit gigi dan gusi bahkan pada rahang juga hingga sukar untuk seseorang membuka mulut untuk memberus gigi dengan sempurna.

Sebab itu setiap customer doktor yang ada masalah macam ni, doktor akan sarankan untuk ambil Xray dahulu supaya dapat tengok keadaan gigi dengan lebih jelas.

Punca Ketiga: Gigi Retak Atau Pecah

Doktor pernah dapat customer yang mempunyai gigi yang retak pada bahagian dalam gigi. Kadang-kadang, retakan pada gigi ni tak dapat dilihat dengan mata kasar tau. Customer doktor ni memang tak perasan langsung yang gigi dia dah retak. Macam mana nak check gigi sendiri kan, manalah nampak dengan jelas. Nasib baik tidak dibiarkan dalam tempoh yang lama, bila dia sedar je something wrong dengan gigi dia, cepat-cepat buat appointment berjumpa dengan doktor untuk buat rawatan selanjutnya.

Punca terjadi macam tu adalah sebab customer doktor ni selalu guna gigi untuk buka sos paket plastik yang selalu dapat dari restoran fast food tu. Ianya berlaku kerana terdapat geseran diantara gigi yang kuat sehingga menyebabkan retak pada gigi. Haihhh, anda yang di luar sana tu, jangan buat macam tu tau, bahaya.

Kesimpulan

Jadi, pesanan ringkas dari doktor, jangan lah biarkan gigi tu sakit dalam tempoh yang lama. Datang terus jumpa dengan doktor gigi supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan segera. Jika dibiarkan lebih lama, melarat nanti jadinya.

Mencegah kan lebih baik daripada merawat, jangan takut untuk meminta pantuan daripada doktor gigi berdekatan anda jika anda mengalami masalah gigi ya. Share info ini kepada keluarga dan rakan anda supaya mereka pun tahu tentang perkara ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us