Gigi Comel Bayi Perlu Dijaga

Gigi comel bayi anda akan mula tumbuh sekitar usia mereka 4 hingga 7 bulan. Sebagai ibu bapa yang perihatin, menjaga kebersihan mulut mereka sejak awal adalah kunci untuk memastikan anak anda memperoleh kesihatan mulut yang baik.

Doktor nak tanya anda di rumah, adakah anda tahu seawal umur berapa kanak-kanak perlu memberus gigi dan menjaga kebersihan mulut dengan menyeluruh?

Haa doktor yakin pasti akan ada banyak jawapan yang berlainan. Yalah, masing-masing kan mempunyai pendapat tersendiri. Ada yang cakap bila dah start sekolah lah, ada juga yang jawab bila gigi dah rosak baru jaga la dan banyak lagi.

Betul tak?

Okay jom doktor terangkan dengan lebih jelas tentang penjagaan gigi untuk anak-anak anda.

Penjagaan Gusi Bayi

Penjagaan gigi kanak-kanak perlu dijaga sejak awal lagi walaupun tiada sebarang pertumbuhan gusi. Ini bermaksud, gusi pun perlu dijaga. Ye betul, Penjagaan gusi bayi merupakan langkah awal yang perlu diambil berat. Walaupun gigi belum tumbuh, ia tetap memerlukan penjagaan yang rapi ya.

Tapi untuk menjaga gusi bayi ini perlukan dengan teknik yang betul. Ye la, kan bayi anda masih kecil. Nanti kalau salah teknik dan tiada ilmu, boleh mengundang masalah lain pula. Nak ke?

Cara yang betul dan selamat untuk mencuci membersih gusi adalah dengan menggunakan kain yang kembut dan dibasahi dengan air. Lalukan sahaja pada setiap permukaan gusi.

Ini kerana, ia membantu membersihkan sisa-sisa susu yang mungkin tertinggal di dalam mulut anak anda. Kalau anda perasan, kan ada warna putih-putih di bahagian lelangit dan juga lidah. Itu lah yang doktor maksud kan.

Haa jelas kan dengan penjelasan doktor? Kalau dah jelas, jom kita bergerak kepada peringkat seterusnya.

Pertumbuhan Gigi Pertama

Peringkat seterusnya ialah pertumbuhan gigi yang pertama. Bila dah nampak ada gigi tumbuh nanti, kali ini penjagaan perlu lebih teliti. Maksudnya anda perlu menyediakan peralatan penjagaan gigi yang lebih tepat seperti berus gigi yang lembut dan halus.

Pemilihan Ubat Gigi

Bukan itu sahaja, dalam hal pemilihan ubat gigi yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi anak anda. Doktor menekankan kepentingan untuk memilih produk yang memang khusus dirumuskan untuk kanak-kanak. Ubat gigi yang mengandungi fluoride adalah pilihan yang baik kerana ia membantu melindungi gigi daripada pembentukan kaviti atau kecacatan gigi. Fluoride membantu menguatkan enamel gigi dan mengurangkan risiko kerosakan gigi pada kanak-kanak. Tapi perlu diingatkan, penting untuk menggunakan jumlah fluoride yang sesuai mengikut arahan yang diberikan oleh pakar kesihatan gigi atau doktor.

Haa bunyi macam remeh kan? Tapi masih ramai ibu bapa diluar sana ambil mudah tentang perkara ini.

Perjumpaan Awal Dengan Doktor Gigi

Penting untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi secara rutin. Ini adalah cara yang terbaik untuk memastikan mereka terbiasa dengan suasana klinik dan juga doktor gigi itu sendiri.

Haa dengan memberikan kesedaran awal tentang pentingnya penjagaan mulut dan terbiasa dengan suasana klinik gigi, takde lah anda perlu melayan drama episod anak anda berjumpa doktor nanti. Hahaha

Dah boleh mula untuk memberi kesedaran tentang penjagaan gigi sedikit demi sedikit. Pernah dengar kan pepatah macam ni, melentur buluh biar la dari rebungnya.

Kesimpulan

Dengan sedikit perkongsian ini, doktor harap ia dapat membantu anda untuk memahami betapa pentingnya penjagaan kebersihan mulut bayi dan anak-anak sejak dari kecil. Jika anda rasa sharing doktor ini bermanfaat, jangan lupa untuk share video ini kepada yang lain supaya mereka pun dapat meningkatkan kesedaran yang sama seperti anda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us