Cara Putih Gigi Yang Tidak Fake

“Doktor, macam mana saya nak putihkan gigi ni? Wedding kawan saya dah nak dekat. Saya kena jadi bridesmaid pulak tu, doktor!”

Anda pernah mengalami masalah seperti di atas?

Sabar, jangan lah gelabah, doktor kan ada. Jom doktor share cara putihkan gigi dengan cepat dan yang paling penting, selamat.

Tapi sebelum tu, doktor nak tanya.

Jika anda nak gigi putih, mana satu pilihan anda? Macam ni?

Jika pilihan anda seperti warna gigi yang putih di belah kiri, maaf doktor tak nak bantu.

Sebab apa?

Sebabnya, gigi yang normal tidak akan seputih itu. Gigi yang putih seperti itu dipanggil “chalky/sparkly white”.

Doktor hanya boleh bantu anda untuk dapatkan warna gigi seperti gambar di belah kanan.

Tahu tak kenapa doktor cakap warna gigi kita hanya dapat jadi putih yang nampak natural macam ni je?


Ini kerana gigi kita mempunyai dua lapisan. Lapisan luar dipanggil enamel. Warna enamel gigi ini lebih putih dan bersifat transparent. Di dalam enamel pula mempunyai lapisan yang dipanggil dentin. Dentin pula secara normalnya bewarna kuning.

Jadi, walaupun warna enamel ini lebih putih tetapi bersifat transparent yang mana boleh memaparkan warna kuning dentin. Sebab itu lah warna gigi kita hanya mempunyai warna putih yang normal.

“Tapi doktor, ramai je artis gigi dia putih macam kapur tu. Dari jauh nampak gigi je.”

Aipp, tak baik cakap macam tu.

Bagi pendapat doktor, mereka yang mempunyai gigi putih yang seperti yang anda maksudkan tu, kemungkinan untuk dia buat rawatan veneer tu tinggi. Tetapi kalau tengok dalam gambar tu mungkin pakai filter je.. Hehehe…

Tetapi jangan risau, doktor boleh bantu anda untuk dapatkan gigi putih yang cepat dan selamat.

Nasihat doktor, gigi yang paling sesuai ialah gigi yang nampak natural. Gigi yang terlalu putih seperti kapur tu sebenarnya nampak tidak asli dan boleh memberi kesan kepada gigi anda di kemudian hari.

Untuk medapatkan gigi putih yang cepat dan selamat, caranya adalah dengan melakukan teeth whitening treatment.

“Teeth whitening treatment? Macam mana tu, doktor?”

Teeth whitening treatment adalah rawatan yang dapat memutihkan gigi dengan menggunakan bahan-bahan chemical yang selamat. Jadi, jangan risau tau sebab bahan yang doktor guna dalam proses ini semuanya terkawal dan selamat.

“Dengan teeth whitening treatment ni, adakah gigi saya boleh jadi putih bersinar seperti selebriti tu?”

Boleh je, dengan teeth whitening treatment, anda boleh mendapatkan gigi yang putih dan bersinar. Tetapi, anda kena tahu satu perkara. Hasilnya akan berbeza untuk setiap individu, bergantung pada keadaan asal gigi dan jenis rawatan yang dipilih. Tapi jangan risau, yang penting gigi anda pasti kelihatan lebih cerah dan bersih jika dibandingkan dengan sebelumnya. Lepasni boleh lah anda memberikan senyuman yang memukau!

“Jadi, bagaimana saya boleh memulakan rawatan ini?”

Mudah sahaja, anda boleh set appointment dengan kami di cawangan berdekatan anda. Bila dah berjumpa doktor, barulah doktor dapat menilai keadaan gigi anda dengan lebih jelas. Doktor akan membincangkan pilihan rawatan yang sesuai dan memberikan anda maklumat lanjut tentang apa yang perlu dilakukan.

Dengan teeth whitening treatment, gigi anda akan bersinar dengan kecantikan semula jadi.

Selamat mencuba!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us