Cara Penjagaan Gigi Selepas Muntah

Kepada para ibu di luar sana yang menghadapi “morning sickness“, tips ini khas untuk anda.

Tahukah anda sekiranya anda kerap muntah, ianya tidak bagus untuk kesihatan gigi anda?

Iya, muntah tidak bagus untuk kesihantan gigi.

Tapi jangan panik lagi, mari Anis share cara mengekalkan gigi yang sihat, terutamanya buat anda yang kerap muntah.

Secara amnya, anda tidak disarankan untuk memberus gigi selepas muntah. Yup, sounds weird kan?

Tapi tak apa, Anis faham. Mesti ada dikalangan anda yang rasa kurang selesa bila ada bau yang tidak menyenangkan selepas muntah tu. Rasa macam tak segar langsung mulut dan rasa tak selesa untuk bercakap dengan orang.

Terutama sekali kepada ibu-ibu yang ada morning sickness tu.

Memberus Gigi Selepas 10-30 minit Setelah Muntah

Kenapa perlu tunggu dalam 10-30 minit untuk memberus gigi selepas muntah?

Haa, mesti anda tertanya-tanya kan? Sama la dengan Anis, pada awalnya Anis pun tertanya-tanya kenapa. Tapi selepas mendengar perkongsian daripada doktor, barulah Anis faham science disebalik semua ini.

Hal ini kerana asid yang ada di dalam perut tadi telah keluar semasa muntah dan akan melekat pada gigi. Secara langsung, ia juga akan melemahkan enamel pada gigi.

Jadi, berikan masa kepada air liur anda untuk meneutralkan pH dalam mulut sebelum memberus gigi.

Sabar sekejap, 30 minit je.

Bila nak buat pilihan membeli handbag, berjam pilih boleh pula kan? Tak kan lah tunggu 30 minit tak boleh. Hehehe gurau je.

Berkumur

Perkara yang patut anda lakukan segera selepas muntah adalah hanya sekadar berkumur dengan air biasa. Ya, air biasa. Simple je kan?

Di mana ia akan membantu untuk menghilangkan sisa asid dari perut supaya tidak melekat pada gigi dan proses penutralan berlaku dengan air liur.

Jika anda terlebih rajin dan ada masa lebih masa, boleh juga tambahkan sedikit baking soda ke dalam air. Ini kerana baking soda adalah bahan basic untuk meneutralkan asid dari dalam perut.

Selain itu, sekiranya anda mahu berkumur dengan mouthwash juga tiada masalah. Tetapi pastikan mouthwash tersebut tiada kandungan asid di dalamnya dan juga tiada alkohol. Pastikan anda buat pemeriksaan kandungan terlebih dahulu sebelum menggunakannya ya.

Jom Anis Recap Semula Apa Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Muntah:

Yang Pertama :

  • Berkumur dengan air biasa
  • Atau ditambah sedikit baking soda
  • Atau berkumur menggunakan ubat kumur yang tiada asid dan alkohol.

Yang Kedua:

Selepas anda berjaya menunggu 10-30 minit, maka baru lah boleh memberus gigi seperti biasa dan jangan lupa untuk gunakan ubat gigi yang mengandungi flourida.

Tips Tambahan:

Selain daripada mengikut langkah-langkah di atas, adalah penting untuk memberi perhatian tambahan kepada penjagaan keseluruhan kesihatan mulut anda semasa mengandung. Ini termasuk membuat janji temu dengan doktor gigi secara berkala, memeriksa gigi untuk mengelakkan masalah yang lebih serius dan mengekalkan amalan pemeliharaan gigi yang baik.

Jika anda seorang suami yang sedang membaca ini, dan isteri anda sedang mengandung, ingatlah untuk memberikan sokongan yang diperlukan. Anda boleh membantu dengan mengingatkan isteri anda mengenai penjagaan gigi yang betul bahkan boleh berkongsi maklumat ini dengan mereka.

Penjagaan kesihatan gigi semasa mengandung adalah penting dan dengan langkah-langkah yang betul, anda boleh memastikan senyuman isteri anda sentiasa berseri-seri. Jadi, mari sama-sama jaga kesihatan gigi kita, walaupun dalam situasi seperti \”morning sickness\” ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us