3 Perkara Yang Wajib Dielak oleh Semua Pemakai Braces 

Mesti anda seronok kan bila melihat susunan gigi anda yang semakin tersusun cantik selepas memakai braces. Anda jadi lebih yakin untuk serlahkan senyuman di khalayak ramai.

Yalah, sebelum ni kurang keyakinan diri untuk senyum lama-lama. Sekarang tidak lagi.

Seperti semua sedia maklum, rawatan braces ini dapat memberikan senyuman yang di impikan oleh setiap individu.

Tetapi, kena beringat juga. Anda perlu berhati-hati dalam penjagaan gigi selepas memakai braces yaa..

Ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu dan wajib ikut!

Kalau tak… Ianya akan memberi kesan kepada tempoh pemakaian braces anda. Sebagai contoh, masa jangkaan memakai braces menjadi lebih lama.

Tiga Kesalahan yang Semua Pemakai Braces Wajib Elakkan Adalah:

Kesalahan Pertama:

Memotong Sendiri Lebihan Wayar Pada Gigi

Siapa di antara anda disini yang pernah melakukan perkara ini? Lebih baik mengaku! Haa! Mesti ramai kan?

Terdapat beberapa patient yang pernah datang ke klinik kami dan mengadu bahawa terdapat luka pada dinding pipi mereka. Luka tersebut telah pun memberi kesan kepada mereka kerana ianya mengganggu keselesaan semasa bercakap serta makan dan minum.

Hmm, hairanlah doktor.. Macam mana perkara seperti ini boleh berlaku ya?

Pada awalnya, mereka takut untuk berkongsi punca dengan doktor. Setelah ditanya berkali, barulah mereka memaklumkan bahawa mereka pernah mencuba untuk memotong lebihan wayar braces dengan gunting biasa.

Tindakan tersebut sangatlah BERBAHAYA!

Memang pada khususnya, anda merasakan perkara ini merupakan perkara yang sangat remeh, tetapi anggapan anda salah yaa..

Untuk memotong wayar braces, ianya perlu menggunakan gunting khusus yang disediakan oleh doktor. Jika terdapat lebihan wayar yang mengganggu, anda perlu datang ke klinik dan berjumpa doktor untuk memotongnya. Jangan risau, di klinik kami FREE je!

Sekali lagi kami nak ingatkan, jangan sesekali cuba untuk melakukannya sendiri ya, ianya akan mengancam keselamatan mulut anda sendiri tau.

Kesalahan Kedua:

Makan Makanan Keras atau Kekacang

Bukan tak boleh makan langsung, masih ada banyak lagi pilihan makanan lain. Sebagai contoh, makanan yang lembut seperti roti, pasta, nasi dan puding.

Hal ini untuk mengelakkan terdapat kerosakan pada gigi dan braces anda.

Apabila anda makan makanan yang keras semasa memakai braces, potensi untuk braket tercabut sangat tinggi.

Kalau braket tersebut dapat diselamatkan dan disimpan, okay lagi.. Doktor boleh tolong pasangkan semula. Kalau hilang, haa duit pun melayang la sikit hehehe

Apa apa pun, jika anda berdepan dengan masalah braket tercabut, jangan panik. Segera hubungi klinik pergigian anda untuk terus slotkan appointment secepat mungkin.

Jika dibiarkan lebih lama, ianya akan mengganggu tempoh masa pemakaian braces anda tau. Haa jangan ambil mudah..

Sekiranya anda masih juga ingin makan makanan keras, boleh! Tetapi dengan syarat mestilah berhati-hati. Kalau makan daging, perlu potong kecil kecil terlebih dahulu.

Sama juga seperti makanan keras yang lain. Barulah tidak menggunakan tekanan yang kuat semasa mengunyah.

Kesalahan Ketiga:

Tidak Menggunakan Berus Gigi Khusus Untuk Braces

Haa cuba check berus gigi yang anda sedang gunakan sekarang.. Menepati keperluan tak untuk pemakai braces?

Kalau tak, kami sarankan untuk anda dapatkannya sekarang.

Berus gigi khusus untuk braces ini banyak faedahnya untuk pemakai braces.  Berus gigi ini juga direka khas untuk memudahkan si pemakai.

Tak percaya? Meh doktor kongsikan faedahnya.

Yang pertama, ia memudahkan proses pembersihan gigi. Berus gigi ini dapat membersihkan celah-celah braket gigi dengan bersih yang bukan mudah untuk berus gigi biasa lakukan.

Yang kedua, ianya menjimatkan masa. Dengan menggunakan berus gigi tersebut, anda tidak perlu floss pun dah memadai. “Less effort” lah orang kata..

Kesimpulan:

Jika anda berjaya menghindari ketiga-tiga perkara ini, kami jamin journey anda memakai braces akan berjalan dengan lebih lancar tanpa masalah.

Anda akan memperoleh result yang lebih baik dari apa yang anda sangkakan.

Jangan lupa share info ini kepada keluarga atau rakan-rakan anda yang juga memakai braces. Semoga journey mereka juga berjalan baik seperti anda.

Semoga information ini dapat membantu semua pemakai braces menjadi pemakai yang bijak dan memberi manfaat kepada semua orang.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us