Gigi Palsu atau Implan?

Pasti anda keliru dan dalam dilema kan apabila memikirkan cara yang sesuai untuk menggantikan gigi yang hilang tu?

Nak lakukan gigi palsu atau implan?

Mana yang lebih baik?

Apa keistimewaan nya?

Yang mana lagi mudah dan selamat?

Macam-macam lah persoalan yang timbul dalam minda ni.

Mari, doktor berikan sedikit gambaran menarik yang sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat.

Betul ke dalam zaman sekarang ni, gigi palsu sudah tidak relevant lagi?

Atau.. rawatan implan yang tengah “in trend” sekarang ni?

Walau apapun pilihan anda, tujuan untuk menggantikan gigi hilang tetap lah menjadi keutamaan.

Gigi palsu ataupun implan mempunyai tujuan yang sama, iaitu menggantikan gigi yang sudah hilang untuk menjaga kesihatan mulut dan keyakinan diri seseorang.

Kepentingan Menggantikan Gigi Yang Hilang

Haa mengganti gigi yang dah hilang ni sangat penting ya. Kalau anda tidak melakukannya, anda berkemungkinan menghadapi masalah lain di kemudian hari.

Antara Masalah Yang Bakal Timbul Ialah:

  • Keadaan gigi sebelah akan longgar dan bergerak
  • Tidak boleh kunyah dengan baik
  • Kesukaran dalam pertuturan
  • Pipi dan bibir kelihatan ke dalam
  • Susunan gigi lain akan berubah kedudukan dan menjadi berterabur
  • Pertumbuhan melampau gigi bertentangan (over erupt)
  • Sakit pada sendi temporomandibel (antara rahang atas dan bawah)

Perbezaan di Antara Gigi Palsu & Implan

Keselesaan

Gigi palsu perlu dibuka dan dibersihkan setiap hari sebelum tidur. Kiranya, anda tidak boleh memakainya tanpa menghiraukan kebersihan gigi palsu itu. Anda perlu merendam gigi palsu anda ke dalam air solusi supaya dapat menghindari pertumbuhan bakteria.

Namun, rawatan implan pula kekal berada dalam rongga mulut anda. Haa sama je macam gigi betul. Tidak perlu dibuka untuk dibersihkan. Berus gigi seperti biasa sahaja.

Ketahanan

Gigi palsu terbuat dari ”arcrylic material”. Ianya berpotensi tinggi untuk patah jika anda mengunyah makanan yang terlalu keras dan tidak berhati hati semasa mengunyah.

Manakala rawatan implan pula, lebih kukuh berbanding gigi palsu. Anda boleh mengunyah makanan seperti biasa. Worst case, jika terjadi kejadian di mana implan menjadi longgar, anda boleh dapatkan rawatan di klinik pergigian untuk diketatkan kembali.

Proses

Untuk gigi palsu, proses nya agak simple jika dibandingkan dengan rawatan implan.

Proses Membuat Gigi Palsu:

  • Mengambil acuan gigi anda 
    • Acuan gigi diambil bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang jelas secara 3D dan fizikal tentang keadaan di dalam mulut kita.
  • Masa yang digunakan agak singkat
    • Setelah mendapatkan gambaran gigi, proses pembuatan gigi palsu mengambil masa yang singkat sahaja. Gigi palsu boleh digunakan setelah dua minggu.

Proses Membuat Rawatan Implan:

Implan memerlukan proses yang lebih panjang, termasuk pemasangan skru pada gusi, penyembuhan gusi selepas pemasangan “skru healing abutment” (sekitar 3 bulan bergantung pada kes). Pada masa ini juga, gusi perlu dijaga dengan baik dan elakkan mengunyah makanan di kawasan tersebut kerana ia boleh menyebabkan kerosakan sehingga tidak boleh meneruskan rawatan. Akhir sekali pemasangan mahkota gigi.

Harga

Gigi palsu lebih mampu milik jika dibandingkan dengan rawatan implan, tetapi anda perlu ingat bahawa implan dianggap sebagai investment untuk jangka masa yang panjang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tidak kira lah rawatan yang mana satu menjadi pilihan anda. Yang penting ialah gigi yang hilang perlu lah digantikan dengan yang baru secepat mungkin. Ianya untuk kesihatan anda juga agar dapat menghindari masalah lain yang bakal muncul jika dibiarkan lebih lama.

Ingat, gigi kan nak pakai lama.. Jadi, penting untuk anda membuat keputusan yang terbaik kerana ia memengaruhi kesihatan dan keyakinan diri anda.

Masih keliru? Mari berjumpa dengan Doktor kami.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us