Sebab Kena Pakai Braces: Lebih Dari Sekadar Penampilan

Pasti anda tertanya-tanya kan bila berdepan dengan orang yang sudah memiliki gigi yang cantik tetapi masih berhasrat untuk memakai braces?

Dialog yang bermain di fikiran anda mesti berbunyi seperti:

“Eh eh dia ni, gigi dah cantik tapi nak pakai braces lagi. Nak cantik macam mana lagi”

Hahaha! Janganlah salah sangka. Mesti ada sebab yang kukuh kenapa mereka ingin memakai braces. Mungkin dari segi luaran anda nampak gigi mereka sudah pun cantik, tetapi sebenarnya mereka berdepan dengan beberapa masalah.

Masalah? Masalah apa? Biarlah orang tu nak pakai braces ke apa, betul tak?

Tenang. Mari Dr Aiza bincangkan beberapa masalah yang boleh menyebabkan seseorang itu memakai braces.

Memang benar, bagi sesetengah individu, mereka mungkin sudah mempunyai gigi yang kelihatan tersusun rapi dan cantik. Tetapi apa yang mungkin tidak terlihat adalah masalah yang dialami di dalam mulut mereka. Braces bukan hanya mengenai penampilan, tetapi juga melibatkan kesihatan gigi dan mulut.

Masalah Lain yang Mungkin Tersembunyi

Sebenarnya, rawatan braces ini bukan sahaja untuk anda yang mempunyai masalah gigi berterabur atau gigi berlapis tau. Terdapat pelbagai masalah lain yang dapat diselesaikan melalui rawatan braces.

1. Overbite

Ini adalah masalah di mana gigi atas tumpang menutupi gigi bawah apabila mulut ditutup. Selalunya, masalah ini berpunca daripada saiz rahang yang tidak sama. Walaupun gigi kelihatan tersusun dan lurus, overbite boleh menjadi masalah yang serius ya. Ia boleh menyebabkan masalah seperti kecederaan gigi dan masalah pengunyahan.

2. Underbite

Sebaliknya, underbite adalah masalah di mana gigi bawah mengatasi gigi atas apabila mulut ditutup. Ini boleh mengakibatkan masalah gigitan yang tidak seimbang dan boleh menjejaskan fungsi pengunyahan. Kebiasaannya, masalah ini berlaku apabila bahagian rahang bawah mengalami pembesaran yang lebih atau rahang atas tidak membesar secara normal.

3. Masalah Rahang

Braces juga boleh digunakan untuk merawat masalah rahang, seperti rahang yang terlalu ke hadapan atau terlalu ke belakang. Masalah rahang ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan masalah pengunyahan.

Jadi, untuk sesiapa yang dah ada gigi tersusun tetapi ada masalah seperti yang Dr Aiza mention tadi tu, cadangan Doktor supaya anda memakai braces ya.

Cadangan sahaja, tiada paksaan.

Tapi kena ingat, kesihatan mulut ini penting ya, jadi fikir betul-betul ya. Jangan kata Doktor tak pesan..

Ini adalah langkah proaktif untuk menangani masalah kesihatan gigi dan mulut yang mungkin tidak terlihat dari luar.

Kesimpulan

Haa macam mana perkongsian Dr Aiza kali ini?

Jangan cepat menghakimi seseorang yang memilih untuk memakai braces ya. Walaupun gigi mereka kelihatan cantik, mereka mungkin sedang merawat masalah yang tidak terlihat oleh mata kasar.

Dan jika anda rasa sharing doktor menarik kali ini, jangan lupa share info ini kepada lain.

Terutama kepada mereka yang curious sangat tu bila orang lain nak pakai braces.. Hihi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us