Gigi Sensitif Mengganggu Rutin Harian

“Anda mengalami gigi sensitif?”

“Nak minum air pun rasa terganggu?”

Meh sini Anis nak share. Dulu Anis pun pernah mengalami gigi sensitif ni tau.

Stress bila nak minum air.

Buat penggemar coffee latte macam Anis mesti faham kan masalah yang Anis alami ni?

Nak minum air panas sensitif, sejuk pun sensitif. Sedih..

Tapi lepas je kerja di RedhaDental, Anis dah tak alami masalah gigi sensitif. Mana taknya, dikelilingi dengan doktor-doktor gigi.

Jadi, ini adalah tiga langkah yang Dr Aiza kongsi kepada Anis untuk mengatasi masalah sensitiviti gigi dengan cepat dan mudah.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah gigi sensitif

Langkah Pertama :

Dr Aiza sarankan Anis supaya tukar jenis ubat gigi normal ke ubat gigi sensitif dulu. Jenama yang Anis pakai ialah jenama Sensodyne.

Tapi seingat Anis lah kan, kaedah ini tidak menyelesaikan masalah gigi Anis dengan serta merta tau. Haa, jangan mudah berserah, jangan mudah mengalah! Ehh ternyanyi pula..

Ia ambil masa juga untuk rasa perubahannya. Tapi yang pasti, anda akan rasa perubahan jika anda consistent memakainya.

Apa-apa pun better late than never, kan?

Langkah Kedua :

Anis set appointment untuk berjumpa dengan Dr Aiza. Yaaa, staff pun kena set appointment tau! Sebab Dr Aiza busy sangat.

Ini “AHA” moment Anis. Dr Aiza kata gigi Anis ni ada lubang. Walaupun lubang tu tak nampak sangat, kecil je nampak dari luar, tapi sebenarnya dah dalam…

Scary la bila Doktor cakap macam tu!

Anis sempat bertanya kepada Dr Aiza tentang gigi Anis, “Takkan la satu lubang boleh buat semua gigi sensitif?”

Nak tahu apa jawapan Dr Aiza? Jawapanya, Ya! Sebab semua saraf gigi kita berkait. Cubit peha kanan, peha kiri pun terasa gituu.

Dr Aiza pesan lagi, untuk menyelesaikan masalah ini, Anis harus membuat tampalan pada lubang gigi tersebut. Barulah masalah gigi sensitif Anis akan berakhir.

Langkah Ketiga :

Selain dari rawatan tampalan, Dr Aiza dapati bahawa gigi Anis juga mengalami masalah gigi terhakis. Ini juga boleh menjadi salah satu penyebab gigi sensitif tau! Gigi terhakis ini disebabkan oleh cara memberus gigi yang salah.

Macam mana nak tahu cara berus gigi yang salah? Haa, nasib baik Dr Aiza tanya tentang jenis berus gigi yang Anis gunakan. Kalau tak, Anis pun tak tahu selama ni Anis salah pilih berus gigi..

Dr Aiza menerangkan tentang pentingnya memilih berus gigi yang tepat untuk gigi kita. Dulu Anis ingat semakin kuat kita berus, semakin bersih. Tapi hakikatnya sangkaan Anis tu sangat salah ya dari segi undang-undang penjagaan gigi! Hahaha

Nasihat daripada Dr Aiza, pilihlah jenis berus gigi yang lembut kerana ia dapat membersihkan kawasan plak gigi dan sisa makanan dengan mudah.

Dr Aiza juga ajar Anis untuk memberus gigi dengan betul. Banyak contoh video di Youtube yang anda boleh ikuti.

Kesimpulan :

Bagi anda yang mengalami masalah yang sama seperti Anis, ingat tau tiga langkah ini! Sikit je, tak banyak pun.

InsyaAllah, setelah mengikuti langkah-langkah ini, gigi anda akan bertambah sihat.

Dah boleh dah nak makan makanan sejuk atau panas tanpa risaukan gigi lagi. Tapi ingat, kalau makan manis tu ada limit tau! Risau nanti masalah lain pula hadir. Hehehe!

Jika anda rasa info ini bermanfaat, jangan lupa untuk share kepada colleagues dan family anda. Mungkin juga mereka berdepan dengan masalah yang sama. Jadi, sama-samalah kita mencegah gigi sensitif!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us