Braces di Wedding BFF

Bagi pemakai braces, kehadiran di majlis perkahwinan sahabat karib mempunyai cabaran tersendiri, terutamanya apabila bab makanan yang disajikan.

Tetapi, jangan risau. Dr. Aiza di sini untuk memberikan panduan yang berguna bagi memastikan anda dapat menikmati majlis tersebut tanpa mengabaikan penjagaan gigi anda.

Pemakai braces mungkin terikat dengan beberapa larangan makanan, terutamanya makanan yang keras atau sukar dikunyah. Ini mungkin menyebabkan anda rindu untuk menikmati hidangan istimewa seperti kambing bakar, sate, dan jagung bakar.

Jangan putus asa! Anda masih boleh menikmati makanan-makanan tersebut dengan berhati-hati. Berikut adalah beberapa tips yang Dr. Aiza ingin kongsikan:

Cara pemakanan untuk pemakai braces:

1. Potong Daging Kecil-Kecil

Sekiranya anda ingin menikmati hidangan daging seperti kambing bakar atau sate, potonglah daging kepada saiz yang lebih kecil. Ini akan memudahkan anda untuk mengunyah tanpa mengenakan terlalu banyak tekanan pada gigi. Ianya membantu untuk menghindari risiko kerosakan pada braces anda. Jadi, memotong daging menjadi potongan kecil adalah langkah yang baik untuk menjaga keselesaan dan kebersihan pemakai braces.

2. Pisahkan Lidi Dari Daging Sate

Sebelum makan sate, pisahkan daging/ayam dari lidi. Dengan cara ini, ia akan memastikan anda dapat menikmati daging tanpa perlu menggigit lidi. Daging yang besar atau melekat pada lidi sate boleh tersangkut di antara kawat braces dan gigi. Ia menyebabkan ketidakselesaan dan susah untuk dibersihkan. Jangan sesekali cuba untuk terus makan dari lidinya ya.. bahaya!

3. Potong Buah Keras Kecil-Kecil

Jika terdapat buah-buahan keras seperti epal atau buah pear, potong buah kepada saiz yang lebih kecil untuk lebih mudah mengunyah.

Apa-apa pun, boleh sahaja nak makan seperti orang biasa, cuma perlu hati-hati je. Bukan tak boleh langsung. Yang penting, pastikan anda tidak terlepas temujanji pemantauan braces anda setiap bulan ya!

Jadi, jangan biarkan brances menghalang anda daripada menikmati momen istimewa seperti majlis perkahwinan sahabat karib anda. Dengan beberapa tips ringkas dan panduan dari Dr. Aiza, anda boleh menikmati hidangan dengan berhati-hati dan tetap menjaga kesihatan gigi anda. Ingat, pemantauan braces adalah penting untuk memastikan perkembangan gigi anda berjalan dengan lancar.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us