Mengapa Tidak Boleh Melewatkan Temujanji Rawatan Braces?

3 Sebab Mengapa Dentist Marah

Tahukah anda bahawa dentist akan marah jika anda kerap skip appointment braces?

Ya lah. Buat anda yang bekerja, kadang-kadang terlalu sibuk dengan urusan kerja sampaikan lupa untuk lapangkan waktu buat temujanji rawatan braces anda.

Bukan itu sahaja, untuk pemakai braces yang masih berstatus pelajar pula, anda tak tahu bila akan ada masa free untuk berjumpa dentist kerana terkejarkan kelas dan juga assignment.

Nak cari masa untuk berjumpa dengan dentist pun boleh stress kalau macam ni 💆🏻‍♀️

Tapi anda kena ingat, kalau marah, pasti ada sebabnya kan? Tak kan lah dentist anda nak marah tanpa sebab? Betul tak?

Jadi untuk menjawab semua persoalan ini, jom ambil tahu 3 sebab mengapa Dr Aiza marah jika anda melewatkan temujanji rawatan braces.

Sebab Pertama:
Tempoh Pemakaian Braces Akan Jadi Lebih Lama

Setiap individu yang memakai braces mempunyai keadaan gigi dan rahang yang unik. Dentist akan merancang rawatan berdasarkan masalah gigi anda. Ini termasuk berapa lama tempoh anda perlu memakai braces.

Ya. Kalau tak ingat, jom doktor ingatkan.

Sebelum pasang braces, doktor akan study dulu masalah gigi anda. Selepas dah tahu masalah, doktor akan plan cara untuk selesaikan masalah tersebut.

Lain individu lain plannya. Sebab masing-masing mempunyai keadaan gigi & rahang yang berbeza.

Ada yang bermasalah gigi atas ke depan, lain solusinya. Ada juga yang masalah gigi bawah ke depan pula, lain pula solusinya.

Doktor akan plan berapa tahun untuk masalah gigi anda dapat diselesaikan dengan rawatan braces.

Haa! Tak boleh main agak sahaja tau. Sebab itu kena jumpa doktor terlebih dahulu untuk mengenal pasti.

Sebagai contoh, Ali mungkin perlu memakai braces selama setahun sementara Abu mungkin memerlukan satu tahun setengah.

Tetapi jika anda kerap skip appointment, proses ini akan terganggu.

Jika skip satu kali tak semestinya kena ganti dengan satu kali follow-up sahaja. Mungkin lebih. Oh my! 😲

Satu-satunya yang berubah adalah tempoh pemakaian braces anda.

Ali yang pada mulanya perlukan hanya setahun, tetapi sebab asyik skip appointment braces, jadi 2 tahun baru settle.

Jadi, jangan terkejut ya jika senyuman kepada bakal mak mertua anda terpaksa ditangguhkan.

Itu lah antara sebab seseorang memerlukan masa yang lama untuk memakai pakai braces.

Tahu tahu sampai dah ada anak cucu pun tak settle2 lagi. Hahaha

Sebab Kedua:
Gigi Tidak Akan Mengalami Perubahan

Getah warna braces yang anda tukar setiap bulan hanya memberi kesan dalam tempoh masa tertentu sahaja. Jika anda melebihi tempoh ini kerana kerap skip appointment, elasticity getah dan wayar braces akan berkurang. Ini bermaksud getah dan wayar itu tidak akan memberi kesan pada braces.

Begitu juga dengan wayar braces. Perkara yang merisaukan doktor ialah jika terlalu lama dibiarkan tanpa follow-up, ia boleh menyebabkan wayar bergerak dan boleh menyebabkan luka pada mulut anda.

Keras tau wayar braces tu. Kan sakit nanti. Huhu 🥺

Sekiranya ia melebihi tempoh, wayar tidak akan memberi apa-apa fungsi dah.

Jadi, jika dibiarkan lebih lama, ia tidak membantu untuk membetulkan kedudukan gigi pun, malah mungkin boleh menyebabkan berlakunya perkara lain yang tidak diingini jika tanpa pengawasan.

Sebab Ketiga:
Rawatan Out of Our Control

Semakin lama anda melewatkan appointment, semakin banyak kemungkinan masalah lain yang akan berlaku.

Contohnya, bracket boleh tertanggal lah, wayar boleh tercabut, atau gigi mungkin tidak berada dalam kedudukan atau posisi yang betul. Ish ish ish!

Yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan pada gigi tau.

Gigitan yang sebelumnya baik mungkin boleh berubah menjadi tidak baik.

Semua ini adalah situasi yang doktor ingin elakkan kerana ia memberi kesan pada plan braces anda.

Untuk kembali kepada plan asal, iaitu pada waktu mula mula plan sebelum pakai braces tu memang akan mengambil masa lah.

Haa sekarang dah faham kan?

Jadi, elakkan daripada membuat dentist anda marah tau. Dentist cuma risaukan anda sahaja.

Elok-elok tempoh on track, terpaksa tambah tempoh pula. Kan dah rugi masa tu..

Marah kan tanda sayang. Jadi janganlah terasa bila doktor membebel sikit nanti..

Kami, dentist di Redha sentiasa inginkan yang terbaik untuk anda dan ingin memastikan anda mendapat senyuman yang cantik dan menawan dengan secepat mungkin yaa.

Jangan skip appointment braces tau. Share info ini dengan rakan-rakan anda yang selalu melewatkan appointment braces mereka tu yaa.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Discover More

    Follow Us